SHAH ALAM – Gerakan Rasuah Busters yang diasaskan hampir dua tahun lalu adalah bebas dan berkecuali daripada mana-mana parti politik.
Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, asas utama gerakan ini untuk menghapuskan budaya dan memberi rasuah.
“Kami di Rasuah Busters adalah seperti oksigen, kami tiada warna. Anda bebas memilih parti mana pun yang anda mahu.
Kami bukan cuba mengambil alih atau pilih mana-mana parti tetapi apa yang kami ingin sampaikan adalah keluar mengundi beramai-ramai.
“Sampaikan mesej yang kita adalah bos yang memilih pemimpin yang bekerja untuk kita tetapi orang hang bagaiman kita mahu pilih mereka mesti ada kriteria yang disebutkan tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) – Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Selasa.
AKAN MENYUSUL