Home Rasuah Busters PRU15: Penjawat awam perlu lawan rasuah, salah guna kuasa

PRU15: Penjawat awam perlu lawan rasuah, salah guna kuasa

0
PRU15: Penjawat awam perlu lawan rasuah, salah guna kuasa
Muhammad

SHAH ALAM – Penjawat awam perlu memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, penjawat awam perlu melaporkan segala bentuk kesalahan tersebut seperti pemerasan, ancaman, pembelian undi, penyalahgunaan sumber dan jentera awam, serta semua salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perkhidmatan awam mesti terus memainkan peranan sebagai entiti bebas dalam mengendalikan dan mengawal proses pilihan raya, dan sebagai pengundi, untuk menyelamatkan negara daripada kemuflisan moral dan kewangan.

“Kita perlu mengingatkan wakil rakyat kita bahawa Parlimen yang dibubarkan bukanlah negara yang terbubar, tanpa undang-undang dan ketenteraman,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau ketika mengulas mengenai pembubaran Parlimen bagi PRU15 menyatakan, pihaknya kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan tersebut.

“Strategi pilihan raya telah menimbulkan tanda tanya melihat kepada rentetan peristiwa susulan pembubaran dilakukan tiga hari selepas Bajet 2023 dibacakan yang menjanjikan pemberian wang tunai dan hadiah untuk pilihan raya.

“Namun, rakyat harus faham bahawa bajet yang dibacakan belum diluluskan oleh Parlimen dan Kerajaan baharu perlu mengemukakan cadangan baharu, yang mungkin berbeza, maka tarikan untuk mengundi Kerajaan yang akan meneruskan pemberian hadiah menjadi insentif pilihan raya untuk mengundi ‘kerajaan yang tepat’,” ujar beliau.

Jelas Muhammad, segala permainan politik semenjak Februari 2020 lalu seperti, lompat parti, aksi publisiti, taktik penundaan perbicaraan mahkamah, dan salah tadbir negara, telah didorong oleh perubahan majoriti dan pakatan di Parlimen.

“PRU15 akan menjadi pilihan raya pertama rakyat Malaysia yang tiada satu parti pun memegang majoriti di Parlimen dan menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi dan menolak pemimpin terlibat rasuah semasa memilih,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here