Home Rasuah Busters PRU15 medan parti bertanding ketengah calon bersih

PRU15 medan parti bertanding ketengah calon bersih

0
PRU15 medan parti bertanding ketengah calon bersih
Wan Emril Nizam Wan Embong

KUANTAN – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat sebagai gelanggang untuk parti politik yang bertanding mengetengahkan calon yang bersih selain menawarkan agenda integriti dalam kempen dan manifesto masing-masing.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Wan Emril Nizam Wan Embong berkata,situasi itu dijangka berlaku berdasarkan pemilihan rapi calon bertanding yang dapat dilihat menerusi siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Menurutnya, semua parti memilih calon mereka melalui proses saringan rapi termasuk dari BN supaya integriti mereka tidak dipersoalkan pengundi.

“Ia jelas terlihat apabila calon yang diletakkan parti bertanding terdiri muka-muka baharu termasuk calon muda yang tidak terpalit dengan isu-isu integriti.

“Jadi pada PRU15 ini parti-parti bertanding dijangka juga akan mengetengahkan calon yang lebih bersih, berintegriti dan bebas rasuah bagi mengelak sebarang tanggapan negatif,” katanya.

Wan Emril Nizam yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Pahang berkata, perkembangan itu suatu yang amat baik selari dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Peluncuran Buku Korupsi dan Kemunafikan Politik Melayu baru-baru ini.

Jelasnya lagi, para pengundi kini dilihat membuat pilihan berdasarkan kepada kredibiliti calon dan bukannya parti politik yang diwakili.

“Ini manifestasi bukti yang diterjemahkan semasa PRN baru-baru ini apabila setiap parti cukup berhati-hati meletakkan calon.

“Kriteria yang ditekankan adalah integriti calon yang dipilih kerana mereka (parti politik) sedar bahawa pengundi sudah bijak dan celik dalam membuat pilihan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here