Home Rasuah Busters Program Politik #MalaysiaTanpaRasuah inisiatif bersihkan arena politik

Program Politik #MalaysiaTanpaRasuah inisiatif bersihkan arena politik

0
Program Politik #MalaysiaTanpaRasuah inisiatif bersihkan arena politik

SHAH ALAM – Program Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang dianjurkan oleh Rasuah Buster pada Sabtu ini dilihat sebagai satu inisiatif bagi membersihkan kembali arena politik negara yang didakwa kotor.

Ketua Jabatan Integriti Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Dr Rozaidi Abdul Rahim Razali berpendapat perkataan politik itu sebenarnya bersih namun dikotorkan oleh individu yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul.

Beliau berkata, disebabkan perkara itu politik menjadi satu perkataan yang alergi dan traumatik dalam kalangan rakyat di Malaysia,

“Politik perlu dibersihkan kerana politik yang kotor dengan rasuah terus menerus dijadikan amalan akan memberi impak negatif terutama kepada kemajuan sesebuah negara.

“Negara yang maju memerlukan politik yang stabil, apabila ada rasuah ia akan menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu Rozaidi berkata, pihaknya menyokong penuh program memerangi rasuah seperti yang dilakukan oleh gerakan Rasuah Buster yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Tambahnya, beliau berharap lebih ramai syarikat korporat yang menyokong aktiviti yang dijalankan oleh gerakan Rasuah Buster bagi membantu memerangi rasuah di Malaysia.

“Usaha untuk memerangi rasuah masih berdepan cabaran dan hanya akan berjaya dengan sokongan penuh daripada semua pihak dan tidak boleh hanya sebelah pihak sahaja.

“Kita bukan nak lawan siapa yang bagus tetapi perlu menolong sesama sendiri supaya ada gelombang yang besar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here