Home Rasuah Busters Politik jelik, memalukan punca anak muda kurang minat

Politik jelik, memalukan punca anak muda kurang minat

0
Politik jelik, memalukan punca anak muda kurang minat
Mohamed Khairul Azman ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Gila Kuasa, Negara Binasa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Digital Sinar Harian pada Rabu. – Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM – Politik negara dilihat jelik dan memalukan menjadi punca golongan muda kurang berminat untuk menceburinya.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez berkata, ia bertentangan dengan prinsip mereka yang mahukan politik yang lebih matang dan memperjuangkan hak rakyat, bukannya bersifat individu.

“Sebab itu ramai anak muda terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) kerana pertubuhan itu dapat meraih idea mereka tanpa dihalang oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Saya harap dengan adanya kerajaan baharu ini, kematangan politik dapat diterjemahkan demi kebaikan bersama.

“Beri reformasi bukan sahaja dari cara bertutur tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Gila Kuasa, Negara Binasa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Digital Sinar Harian pada Rabu.

Turut diundang menjadi panelis Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis.

Tambah Mohamed Khairul, berpolitik tidak dapat dielakkan namun biarlah kena pada masanya.

“Sekarang semuanya sudah selesai, pilihan raya umum (PRU) sudah tamat. Jadi semua pihak perlu fokus termasuk pembangkang yang berfungsi mengkritik dengan semak dan imbang,”ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here