Home Rasuah Busters PKR paling lantang dan keras tentang amalan rasuah

PKR paling lantang dan keras tentang amalan rasuah

0
PKR paling lantang dan keras tentang amalan rasuah

LARKIN – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menyatakan parti itu merupakan parti politik paling keras dan lantang menentang amalan rasuah.

Anwar menegaskan, PKR sama sekali tidak mengira siapa yang terlibat dengan rasuah, maka pihak tersebut akan ditentang sepenuhnya biarpun berapa lama masa akan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya tidak pernah gentar untuk berlawan atau menentang kumpulan-kumpulan yang terlibat dengan isu rasuah.

“Dalam persidangan Parlimen pun, saya ada bangkitkan isu rasuah dan Perdana Menteri turut menyatakan tidak akan ada lagi pendakwaan terpilih.

“Dan saya juga katakan kepada Perdana Menteri, saya tidak akan pertahankan sesiapa pun yang bersalah (rasuah) biarpun dia itu dari PKR, DAP atau Amanah.

“Malah, mana-mana Perdana Menteri yang dahulu mahupun sekarang yang ada ambil harta rakyat dan simpan di luar negara, pihak kerajaan mesti dan wajib ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berceramah ketika menyantuni calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain sempena Jelajah Johor Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Anwar memberitahu, konsep pilihan raya adalah memilih dan melantik individu yang mempunyai prinsip memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya lagi, pemimpin yang mahu dipilih rakyat haruslah mereka yang boleh mempertahankan dasar negara, bukannya golongan mencuri harta rakyat.

Tambahnya, pemimpin yang dipilih jangan sesekali menggunakan kelebihan berada dalam Sidang DUN untuk kenal orang-orang berkepentingan demi mencari habuan.

“Jadilah seorang pemimpin yang memperjuangkan masalah dan soal rakyat jelata.

“Ini kerana isu perjuangan adalah soal maruah. Ini bukan masalah kecil kerana ia melibatkan kehidupan rakyat.

“Sebagai pemimpin, kamu perlu memperjuangkan isu pembangunan yang akan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai, sekali gus mampu memberi keyakinan kepada pelabur asing,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here