Home Rasuah Busters Pilih pemimpin mahukan perubahan negara lebih baik

Pilih pemimpin mahukan perubahan negara lebih baik

0
Pilih pemimpin mahukan perubahan negara lebih baik
Afiq Mustafa

SHAH ALAM – Pemimpin perlu dipilih berdasarkan cara pemikirannya yang sentiasa menginginkan perubahan negara ke arah yang lebih baik.

Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (Kagum), Afiq Mustafa Kamal berkata, rakyat di negara ini perlu mengambil contoh dari negara luar seperti Indonesia yang mana mempunyai pemimpin yang sentiasa berjuang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya.

“Sepertimana kita lihat di negara jiran, mereka sudah semakin pantas ke hadapan kerana seorang pemimpin yang mempunyai idea bernas untuk mengubah negara.

“Saya yakin kita juga ada, tetapi mereka ini tidak diangkat dek kerana budaya rasuah yang berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Afiq Mustafa berkata, memandangkan negara akan mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi, rakyat terutama pengundi baharu perlu mengangkat calon yang mampu membawa perubahan di samping memperjuangkan isu-isu rasuah yang telah menjadi barah kepada negara.

Menurutnya, gerakan Rasuah Busters melalui kempen #SatuJari Tolak Rasuah itu juga antara platform yang dapat menggalakkan rakyat untuk membuat pilihan dalam PRU15 terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama.

“Kami menyokong penuh gerakan kempen #SatuJari Tolak Rasuah ini. Isu rasuah seolah-olah sudah menjadi sebahagian dalam dunia politik di Malaysia.

“Cumanya, mekanisme yang digunakan perlulah selari dengan apa kecenderungan rakyat masa kini.

“Kempen atau media yang disebarkan perlu bersifat lebih ringan, santai dan mengikut trend,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here