Home Rasuah Busters Pilih pemimpin bijak, jujur, empati dan berakauntabiliti

Pilih pemimpin bijak, jujur, empati dan berakauntabiliti

0
Pilih pemimpin bijak, jujur, empati dan berakauntabiliti

SHAH ALAM – Tanggungjawab menentukan kestabilan dan kukuhnya kembali ekonomi negeri Johor harus dilunaskan dengan memilih pemimpin yang bijak, jujur, empati dan berakauntabiliti.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, kekuatan negeri Johor juga akan terbentuk dengan adanya pemimpin yang prihatin kepada nasib rakyat.

“Sama-sama mengajak rakyat membangunkan #NilaiMoralKarakterBangsa. Solidariti pemimpin dan rakyat untuk menolak rasuah adalah kunci kepada tamadun Johor yang boleh dihormati dan diteladani semua.

“Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis yang akhirnya tidak memberikan keuntungan jangka panjang bahkan merugikan.

“Tidak sekadar muncul setiap kali pilihan raya, tetapi kepimpinan yang mampu membuktikan bahawa berat sama kita pikul dan ringan sama dijinjing setiap masa,” katanya.

Mengulas lanjut, Nurhayati turut menasihatkan pengundi yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini agar memilih pemimpin secara bijak dan adil.

Ini kerana katanya, kepimpinan berintegriti bermula daripada sifat pengundi yang amanah dan berintegriti.

“Dunia sedang memerhatikan adakah rakyat Malaysia bijak memilih. Atau kita sanggup menggadaikan nilai generasi ini demi ringgit yang tidak seberapa.

“Rakyat Johor adalah pengundi yang luhur dan pastinya tidak mahu negerinya hancur. Pemimpin kita adalah wajah kita, pilihlah yang jujur. Tolak yang rasuah kerana kita bangsa bermaruah,” katanya.

Ujarnya, implikasi tersilap memilih akan meletakkan risiko yang cukup besar kepada negeri itu dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here