Home Rasuah Busters Persiapkan diri elak terjebak rasuah

Persiapkan diri elak terjebak rasuah

0
Persiapkan diri elak terjebak rasuah

SHAH ALAM – Generasi muda digalakkan mempersiapkan diri dengan nilai murni bagi mengelakkan terjebak dengan rasuah.

Setiausaha Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), Mohd Azwan Othman berkata, nilai murni seperti benar dan amanah itu diterapkan dalam diri para pesilat Silat Cekak Hanafi.

“Jurulatih kami dibekal dengan buku penerapan nilai pati utama dalam penyampaian silat iaitu sifat benar dan amanah semasa sesi latihan.

“Nilai murni yang dipraktikkan dalam persatuan ini bertepatan dengan situasi rasuah di Malaysia yang dilihat sangat teruk.

“Kalau kita tengok rasuah ini melibatkan perkara besar iaitu amanah (apabila diberikan sesuatu untuk seseorang itu melanggar amanahnya),” kata beliau dalam rakaman Kapsul Rasuah Busters pada Isnin.

Jelas Mohd Azwan, golongan muda dan belia juga perlu diterapkan dengan jati diri yang mantap supaya kebal terhadap rasuah.

“Cabaran di luar sana sangat hebat. Jika tersalah langkah maka meranalah diri.

“Saya tidak nafikan bahawa silat ialah satu perkara yang sangat berkait rapat dengan tanah ini dan kita tahu bahawa silat juga diamalkan oleh para pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Jadi, ia tidak lari daripada penerapan jati diri negara yang sangat tinggi.

“Apabila individu atau pesilat ini diterapkan dengan jati diri yang sangat baik, insya-ALLAH mereka juga akan mengamalkan nilai ini apabila berada di alam pekerjaan kelak,” katanya

Nilai-nilai murni inilah tegas beliau, yang akan menangkis seseorang daripada terlibat dengan rasuah.

Sehubungan itu, beliau bersetuju konsep yang diperkenalkan oleh Rasuah Busters seiring.

“Saya memetik kata-kata oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub antaranya, tugas kita bukanlah hendak menyerang kes yang sedang berlaku tetapi kita mahu mewujudkan budaya membenci rasuah.

“Jadi apabila kita berusaha ke arah itu, semua peringkat termasuk persatuan silat perlu memainkan peranan masing-masing begitu juga dengan Silat Cekak Hanafi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here