Home Rasuah Busters Perdana Menteri perlu beri mesej jelas halang rasuah

Perdana Menteri perlu beri mesej jelas halang rasuah

0
Perdana Menteri perlu beri mesej jelas halang rasuah

SHAH ALAM – Perdana Menteri perlu memberikan mesej yang kuat dan jelas bagi memastikan gejala rasuah berjaya ditangani dan dibendung di negara ini.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, kepimpinan politik memainkan peranan yang sangat penting dalam membanteras gejala itu.

“Mesej yang kuat perlu datang daripada Perdana Menteri sendiri.

Jika mesej yang kuat juga datang daripada ahli Parlimen, penjawat awam dan semua institusi kerajaan, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya semasa program Kompas Rasuah Busters Kebangkitan #MalaysiaTanpaRasuah yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Urusan Kumpulan DNex, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir manakala Nurhayati Nordin bertindak sebagai moderator.

Hannah berkata, perlu mengambil contoh daripada kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan mesej yang jelas untuk mengelakkan rasuah daripada terus berlaku.

Jelasnya, antara yang dilakukan adalah melancarkan Pelan AntiRasuah Nasional dan majlis kerajaan menyanyikan lagu tema Malaysia Bersih.

“Selain itu, semua penjawat awam menerima surat yang dahulunya hanya ‘menurut perintah’ dan telah ditukar kepada ‘saya yang menjalankan amanah’.

Ini kerana kita mahu penjawat awam mempunyai rasa tanggungjawab.

Mereka perlu ambil inisiatif sendiri.

“Semasa belanjawan juga ada peningkatan bajet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu sebanyak 18.5 peratus.

Hampir 20 peratus penambahan untuk tambah kakitangan penguat kuasa bagi memastikan mereka boleh menguruskan aduan.

“Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa menteri hanya boleh terima dua jenis hadiah iaitu makanan atau bunga.

Jadi, bila ada polisi yang jelas, perkara ini (rasuah) tidak akan berlaku. ini. Ini adalah budaya baharu yang diterapkan,” ujarnya.

Oleh itu, Hannah mengharapkan agar kerajaan hari ini mengadakan satu reformasi, dan memperbetulkan polisi yang dianggap sebagai tidak wajar dan boleh mencetuskan perbuatan rasuah.

“Kena ada reformasi.

Yang sekarang ini, ada beberapa isu dan polisi sekarang yang perlu diperbetulkan,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar perbelanjaan peruntukan ahli Parlimen diisytihar di laman web agar mempermudahkan orang ramai menyemak dan menilai.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Sudah sampai masanya tukar pengurus kebun baharu’- Hussamuddin

ARTIKEL BERKAITAN:Rasuah berleluasa punca pelabur asing ragu-ragu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here