Home Rasuah Busters Pengundi 18 tahun wajar dibantu

Pengundi 18 tahun wajar dibantu

0
Pengundi 18 tahun wajar dibantu
Norhayati (tengah) dan Wan Normi menyampaikan cenderahati kepada Fazli Rizal.

KOTA BHARU – Pemilihan pemimpin parti dalam kalangan pengundi berusia 18 tahun wajar dibantu di peringkat awal.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, ia bukan bererti mendidik pelajar memilih bendera parti sebaliknya memberi penerangan bahawa perlu menilai individu terbaik dan bebas rasuah.

Justeru, fokus utama guru ialah memberi panduan kepada pelajar mengenai perkara yang baik termasuk membina kepimpinan dan memilih bakal pemimpin.

“Pemilihan bukan tertumpu pada ahli politik sahaja kerana asas paling mudah ialah mahu pemimpin yang berintegriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu rasuah dalam kalangan golongan muda ketika Program Kunjung Hormat ke Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Mara, Fazli Rizal Ismail, Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Usahawan Mara, Mohd Rizalman Zakaria.

Nurhayati memberitahu, melalui bimbingan itu, pelajar sebenarnya sudah tahu siapa yang patut dipilih.

“Mereka tahu individu yang ada nilai dan wajar diangkat sebagai pemimpin.

“Ia tidak tertumpu kepada warna atau bendera tertentu kerana dalam mana-mana parti pun seharusnya ada ejen yang baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here