Home Rasuah Busters OACP dilaksana secara kolektif tangani rasuah

OACP dilaksana secara kolektif tangani rasuah

0
OACP dilaksana secara kolektif tangani rasuah

IPOH – Usaha memerangi rasuah memerlukan evolusi berterusan selari dengan perubahan semasa jenayah yang semakin sofistikated.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pelakuan rasuah merupakan perbuatan menerima atau memberi suapan sama ada dalam bentuk wang atau hadiah sehingga mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu berkaitan tugas rasmi.

Menurutnya, perbuatan itu menjalar setiap masa hinggakan perasuah sudah lali dengan pendekatan lama kerajaan dalam menangani isu tersebut.

“Mendepani cabaran ini, kita perlu memastikan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang hendak dilaksanakan ini benar-benar ampuh.

“Pelan ini sarat dengan perancangan inisiatif tetapi isu pokoknya adalah bagaimana kita hendak melaksanakannya agar ia benar-benar mampu menyekat kegiatan rasuah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran OACP Jabatan Mufti Perak secara maya di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Saarani berkata, sesebuah organisasi akan lebih berjaya sekiranya inisiatif yang dirancang dalam OACP dilaksanakan secara kolektif.

“Ia memerlukan komitmen kita secara menyeluruh. Tanpa pelaksanaan yang tuntas, pelan ini bukan sahaja menjadi sia-sia malah sistem organisasi akan tergendala.

“Tahniah Jabatan Mufti membangunkan OACP yang akan menjadi perisai di peringkat jabatan bagi menangkis isu-isu berkenaan kelemahan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dalam organisasi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here