SHAH ALAM – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan rasuah akan menjadi payung negara sekiranya politik wang tidak dihapuskan.
Beliau berkata, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang pula akan menempah kemusnahan.
“Adalah mustahil negara yang masih mengamalkan politik wang dapat menghapuskan rasuah kerana wabaknya menjadi payung negara.
“Maka rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang dan berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya,” katanya yang dipetik menerusi laman Twitter pada Isnin.