Home Rasuah Busters Nasihat kepada ketua agensi peneraju

Nasihat kepada ketua agensi peneraju

Nasihat kepada ketua agensi peneraju

SHAH ALAM – Ketua agensi peneraju dinasihatkan supaya memberi fokus kepada inisiatif yang mustahak dalam memastikan lebih banyak inisiatif Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) dapat selesai dilaksanakan pada tahun ini.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, usaha perlu digiatkan lagi dan penekanan perlu diberi dalam menjayakan pelan berkenaan.

Beliau bagaimanapun optimis bahawa pelan itu akan lebih banyak dapat selesai dilaksanakan pada tahun ini, berikutan momentum positif yang ditunjukkan oleh 27 ketua agensi peneraju.

“Setakat 31 Disember 2021, sebanyak lapan daripada 82 inisiatif yang digariskan dalam Semakan Separuh Penggal NACP telah berjaya dilaksanakan sehingga peringkat output oleh agensi peneraju.

“Daripada 74 inisiatif yang berbaki, sebanyak 14 inisiatif lagi sedang dalam proses pelaksanaan di peringkat output dan dijangka selesai dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ketua agensi peneraju merujuk kepada ketua-ketua mewakili kementerian, jabatan kerajaan dan entiti yang bertanggungjawab menggerakkan inisiatif NACP.

Tambahnya, GIACC juga yakin sekiranya pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang memerlukan perubahan berbentuk pentadbiran serta fokus kepada agenda antirasuah dapat diutamakan, dijangka lebih banyak inisiatif akan dapat dilaksanakan sehingga peringkat output sebelum pertengahan tahun 2022.

Untuk makluman, NACP yang dilancarkan pada 2019 akan berakhir pelaksanaannya pada 2023.

Sebanyak 115 inisiatif telah digariskan dalam NACP yang dilancarkan pada 2019. Daripada jumlah tersebut 29 inisiatif (dan terkini 8 inisiatif) telah berjaya dilaksanakan sehingga peringkat output,” katanya.

NACP yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2019, menggariskan tindakan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh.

Ia telah dirangka dengan didasari oleh penilaian risiko rasuah yang dianalisis menggunakan data-data daripada pelbagai sumber.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here