Home Rasuah Busters NACP perlu jadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan

NACP perlu jadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan

0
NACP perlu jadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan

SHAH ALAM – Pelan Antirasuah Nasional (NACP) perlu menjadi keutamaan untuk memastikan keadilan dalam pentadbiran kerajaan.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi, Cynthia Gabriel berkata, gejala rasuah kini menjadi satu ketidakadilan yang serius di Malaysia sehingga negara telah mempunyai tiga kerajaan baharu sejak tahun 2018.

Menurutnya, pertukaran itu disebabkan beberapa ahli politik melompat parti tanpa memberi tumpuan kepada demokrasi, kerajaan yang mempunyai akauntabiliti dan berketulusan.

“Kami membuat sesuatu yang mustahil iaitu menolak keluar pemimpin yang rasuah secara sebulat suara

“Kami ingat masa itu rasuah sudah tiada dan Malaysia tidak diselubungi dengan korupsi,” katanya pada pelancaran gerakan Politik #MalaysiaTanpaRasuah di Karangkraf pada Sabtu.

Pihak Rasuah Busters bersama lebih 400 gabungan meneruskan misi membawa transformasi nilai melalui inisiatif Politik #MalaysiaTanpaRasuah dengan membawa enam tuntutan sebagai usaha memastikan transformasi perundangan, struktur institusi dan tadbir urus negara dapat dicapai.

Dalam pada itu, Cynthia berkata, NACP merupakan satu pelan yang komprehensif dengan enam tuntutan iaitu memperkukuhkan akauntabiliti dan integriti politik dalam tuntutan pertama.

“Malangnya, saya tidak tahu, mana-mana pihak tidak tahu NACP itu di mana sekarang? Adakah ia dalam tong sampah selepas kerajaan ketiga dibentuk?

“Ahli politik ini memang sibuk lompat parti daripada cuba membanteras membersihkan negara kita daripada rasuah,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, perubahan struktur kerajaan perlu dilaksanakan dari bawah dengan kerjasama orang ramai sebagai mata dan suara untuk membersihkan ahli politik yang terlibat dalam rasuah.

“Rakyat perlu beritahu ahli politik bahawa mereka tidak ada tempat dalam politik Malaysia untuk masa hadapan. Anak-anak muda sudah bangkit.

“Kami nak membuat tuntutan NACP dimasukkan dalam keutamaan kerajaan dan pentadbiran sebab keadilan yang paling utama isu rasuah di Malaysia.

“Kami tidak lagi boleh terima rasuah di negara kita,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here