Home Rasuah Busters Masyarakat kabur definisi rasuah

Masyarakat kabur definisi rasuah

0
Masyarakat kabur definisi rasuah

KUALA TERENGGANU – Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang kabur dengan definisi rasuah dan berpandangan ia sekadar memberi dan menerima rasuah.

Bagaimanapun, amalan rasuah itu sebenarnya mudah difahami iaitu semudah abjad A,B, C dan D.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Izham Ahmad berkata, rasuah merangkumi ambil (A), beri (B), ‘claim’ (C) atau tuntutan palsu dan duduk (D) iaitu salah guna kedudukan.

Beliau yang turut menyokong gerakan membasmi rasuah berkata, kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa adalah satu usaha ke depan oleh agensi media dalam menangani isu itu yang masih tidak berkesudahan.

“Gerakan untuk membasmi rasuah ini perlu dilakukan setiap hari agar ia menjadi peringatan kepada semua pihak.

“Masalah salah guna kedudukan misalnya sangat berleluasa. Ia bukan sekadar memberi duit RM10 dan mereka yang terlibat bebas melakukan salah laku.

“Tapi ia melibatkan kedudukan yang mana ini berkait rapat dengan integriti.

“Sebab itu saya rasa kerajaan perlu memulakan tindakan yang lebih ketat dan berat, mungkin boleh sampai satu tahap, kita boleh perkenalkan atau perketatkan undang-undang sehingga hukuman mati. Kita kena lebih tegas dalam soal ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 16 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub melancarkan kempen atau gerakan yang dinamakan sebagai Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Solidariti tingkatkan sistem nilai tadbir urus

Ia merupakan satu gerakan reformasi moral dari rakyat untuk rakyat dan negara tanpa sebarang agenda politik.

Sementara itu, Mohd Izham berkata, pihaknya mengharapkan lebih banyak pihak dan syarikat korporat termasuk agensi media sendiri untuk tampil dan menggerakkan kempen sifar rasuah.

“Apa yang paling penting tentang rasuah adalah kebersamaan dan kesungguhan kita dalam menanganinya. Ia bukan kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja tetapi semua pihak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here