Home Rasuah Busters Masih ramai rakyat tidak memahami konsep rasuah

Masih ramai rakyat tidak memahami konsep rasuah

0
Masih ramai rakyat tidak memahami konsep rasuah

SHAH ALAM – Jika individu itu mendalami, menerima, memberi dan mendorong melakukan sesuatu perbuatan yang tidak berkaitan tugas rasmi boleh dianggap rasuah.

Presiden Majlis Belia Negeri Kelantan, Hafizul Nizam Abdullah berkata, malangnya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami konsep rasuah dan senario tersebut banyak terjadi di Malaysia membabitkan pelbagai jawatan.

“Sebagai contoh dalam perolehan tender kerajaan atau dalam sistem E-Perolehan disyaratkan perlu dibuat secara terbuka, namun ada segelintir pegawai menggunakan kaedah teknikal untuk membantu rakan mereka mendapatkan perolehan tersebut.

“Mereka memberi maklumat berkaitan dan menetapkan masa tertentu sahaja untuk memaparkan perolehan tersebut. Kesan tersebut memberi impak yang jelas tidak baik kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Hafizul Nizam berkata, tahap kesedaran rasuah dalam kalangan masyarakat juga masih rendah dan perlu ada inisiatif segera daripada semua pihak untuk menyedarkan masyarakat.

Tambahnya, setiap individu juga perlu ada jati diri yang tinggi dan pendirian hidup yang berprinsip serta paling utama ialah menyedari kehidupan di dunia hanyalah sementara.

“Antara inisiatif yang boleh diambil dalam memastikan masyarakat tidak terjebak dalam rasuah adalah pendidikan kesedaran rasuah perlu dimulai seawal di peringkat sekolah rendah.

“Program patriotisme dan memupuk semangat cintakan negara perlu diperbanyakkan serta diperluaskan ke seluruh lapisan masyarakat terutama golongan belia dan komuniti kampung,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here