Home Rasuah Busters Majlis besar-besaran galak aktiviti sosial runtuh akhlak

Majlis besar-besaran galak aktiviti sosial runtuh akhlak

0
Majlis besar-besaran galak aktiviti sosial runtuh akhlak

Penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah bukan sahaja didakwa menyebabkan ketirisan dana kerajaan malah menggalakkan aktiviti sosial yang meruntuhkan akhlak.(Gambar hiasan) – Foto 123rf, gambar kecil: Nor Halmey

SHAH ALAM – Penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah bukan sahaja menyebabkan ketirisan dana kerajaan malah menggalakkan aktiviti sosial yang meruntuhkan akhlak, kata Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Perlis, Nor Halmey Hamdah.

Justeru, beliau yang juga merupakan Pengerusi Rasuah Buster negeri itu menyokong tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan majlis sedemikian, kerana disifatkan tidak memberi keuntungan kepada rakyat.

“Kebanyakan majlis sedemikian hanya memberi keuntungan sebelah pihak, bukan rakyat.

“Tetapi dari sudut lain, ada juga kebaikannya, iaitu dapat membantu peniaga kecil, bagi menumpang untuk mencari rezeki.

“Bagaimanapun, ia lebih menjurus kepada pembaziran selain menggalakkan gejala sosial yang tidak baik khususnya kepada remaja seperti lumba haram serta pergaulan bebas. Jadi patut dielakkan, dan lebih baik diadakan majlis ke arah keagamaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, kerajaan akan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah bagi mengelakkan daripada amalan pembaziran terus berlaku.

Anwar berkata, hasil penjimatan yang dibuat itu akan disalurkan untuk membantu rakyat yang miskin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here