Home Rasuah Busters Konvoi #RasuahBusters teruskan misi kempen di Pulau Pinang

Konvoi #RasuahBusters teruskan misi kempen di Pulau Pinang

0
Konvoi #RasuahBusters teruskan misi kempen di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Konvoi #RasuahBusters meneruskan kempen memerangi rasuah di Pulau Pinang bermula Khamis dengan berkunjung di beberapa lokasi.

Destinasi pertama yang disinggah iaitu di Pejabat Pengurus Negeri Pos Pulau Pinang yang terletak di kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini bagi menyantuni kakitangannya.

Ketibaan konvoi Rasuah Buster yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin disambut oleh Pengurus Besar Pos Pulau Pinang, Ismahari Alwi.

Dalam pertemuan hampir satu jam, Nurhayati sempat berkongsi hala tuju dan peranan yang dimainkan oleh pasukan Rasuah Busters dalam menghapuskan budaya memberi serta menerima rasuah selain sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Menurut Nurhayati, mesej yang dibawa bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup dan berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta agama.

“Rasuah Busters membawa gelombang dan usaha dari rakyat kepada rakyat bagi membentuk kebangkitan agar terdapat kebersamaan kita dalam menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik serta merosakkan rakyat dan negara,” tegasnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS), Ismail Ali berkata, pendekatan yang diterapkan Rasuah Busters tepat pada masanya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai bahana budaya rasuah.

Jelasnya, peranan sama juga boleh dimainkan kakitangan Pos Malaysia dalam usaha membaik pulih imej negara dengan menjadi ejen antirasuah kepada masyarakat di negara ini.

“Apa yang sedang diusahakan Rasuah Busters ini boleh mengembalikan imej Malaysia ke arah yang lebih positif termasuk membetulkan kembali tanggapan dunia melalui kedudukan indeks rasuah pada masa akan datang.

“Kita berharap dengan usaha kami ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan kakitangan pos khususnya dan masyarakat agar gejala rasuah ini dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here