Home Rasuah Busters Konvoi #RasuahBusters dekati anak yatim

Konvoi #RasuahBusters dekati anak yatim

0
Konvoi #RasuahBusters dekati anak yatim

KUALA SELANGOR – Tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik, Konvoi #RasuahBusters mendekati anak yatim di Kanchong Darat, Banting yang memerlukan bantuan.

Bukan sahaja berkempen menyampaikan mesej antirasuah, pasukan Rasuah Busters turut meluangkan masa berkunjung ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Seramai 50 orang anak yatim dan asnaf berusia tiga tahun hingga 19 tahun menerima bantuan berupa makanan dan keperluan harian.

Selain itu, sedikit sumbangan disampaikan oleh Ketua Pasukan Teras Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub kepada anak yatim dan golongan asnaf tersebut.

Sumbangan telah diserahkan kepada pengurus Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Molyana Mahmud.

Pusat penjagaan tersebut turut dilengkapi dengan pengajian fardu ain dan akademik bagi mendidik anak-anak mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

ARTIKEL BERKAITAN:Kejutan Konvoi #RasuahBusters di Pasar Tani Stadium Shah Alam

ARTIKEL BERKAITAN:Gerai jualan akhbar Sinar Harian diserbu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here