Home Rasuah Busters Kerjasama kerajaan dan SPRM cegah ‘penyakit’ kronik

Kerjasama kerajaan dan SPRM cegah ‘penyakit’ kronik

0
Kerjasama kerajaan dan SPRM cegah ‘penyakit’ kronik

SHAH ALAM – Budaya rasuah di Malaysia masih lagi di tahap yang berbahaya terutama dalam kalangan masyarakat dan generasi muda.

Setiausaha Wanita Ikram Ampang Jaya, Saidatul Syuhada Ahmad Shukri berkata, bagi menangani isu rasuah di Malaysia, kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendidik, mencegah serta membendung ‘penyakit’ kronik itu.

“Malaysia tidak akan maju sekiranya kes rasuah masih aktif dan semakin membarah dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Budaya rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada dalam perniagaan, kerajaan atau media kerana perbuatan rasuah bermula dari perkara dan jumlah yang kecil sehingga menjadi serius dan teruk.

“Media juga boleh memainkan peranan memberi pendedahan keburukan rasuah di televisyen atau akhbar supaya masyarakat sentiasa sedar dan menjauhi perbuatan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Saidatul Syuhada berkata, laman sesawang transparency.org yang merupakan sebuah badan berkecuali membuat satu bancian mengenai isu rasuah di Malaysia.

Jelasnya, berdasarkan laman tersebut, kes rasuah di Malaysia menurun daripada 53 kes kepada 51 kes pada tahun 2019 dan 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here