Home Rasuah Busters 'Kenapa harapkan janji manusia jika boleh harapkan ALLAH'

'Kenapa harapkan janji manusia jika boleh harapkan ALLAH'

0
'Kenapa harapkan janji manusia jika boleh harapkan ALLAH'

SHAH ALAM – Pengarah Global CX Sdn Bhd, Amirul Ikman Norden berpandangan bahawa masyarakat sepatutnya memperbanyakkan doa dan melakukan amalan baik yang disarankan oleh ALLAH SWT jika mereka mahu rezeki untuk perniagaan mereka mengalir.

Ujar Amirul Ikman, lebih baik masyarakat ‘rasuah’ ALLAH SWT dengan bacaan doa, selawat dan lakukan amalan mulia di sisiNya berbanding menerima rasuah daripada orang lain.

“Daripada nak rasuah orang, lebih baik ‘rasuah’ ALLAH SWT. Maksudnya bersedekah banyak-banyak, baca bacaan yang disarankan untuk baca, maka rezeki mengalirlah.

“Kenapa mengharapkan janji manusia jika boleh harapkan pada ALLAH SWT?

“Ia ringkas sahaja bagi saya,” katanya ketika menjadi panelis untuk program Kompas On The Go: Angkara Rasuah Bisnes Tidak Berkat yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program berkenaan turut menampilkan Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai panelis serta Norden Mohamed selaku moderator.

Mengulas lanjut, Amirul Ikman berkata, ekosistem antara rakan niaga dan pekerja-pekerja juga perlu dijaga supaya aktiviti rasuah itu tidak akan berlaku dalam persekitaran kerja.

Menurutnya, dugaan untuk melakukan rasuah itu amat mencabar, tetapi seseorang itu perlu berpegang pada pendirian yang kukuh untuk menjauhi rasuah dan perlu sentiasa percaya kepada rezeki ALLAH SWT.

“Bagi saya, kalau rezeki itu rezeki kita maka dapatlah… insya- ALLAH. Percaya sahaja.

“Jangan layan sangat (godaan) sebab lagi kita layan, lagi seronok (lakukan rasuah),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here