Home Rasuah Busters Kekuatan rohani benteng cegah rasuah

Kekuatan rohani benteng cegah rasuah

Kekuatan rohani benteng cegah rasuah

SHAH ALAM – Tiada ALLAH dalam dada menyebabkan wujudnya rasuah dalam kalangan orang Islam.

Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, kekuatan kerohanian itu penting untuk menjadi benteng mencegah rasuah.

“Setiap cara untuk mencapai kemewahan perlu sentiasa ada ALLAH.

“ALLAH itu perlu ada dalam dada dan hati kita supaya takut untuk melakukan jenayah,” katanya ketika menjadi panel Program Mak Untuk Malaysia (MUM) di Kumpulan Karangkraf pada Isnin

Program tersebut di hoskan oleh pelakon dan pengacara Irma Hasmie.

Selain itu katanya, keinginan hidup mewah merupakan punca anak muda itu terjerumus dalam jenayah rasuah.

“Ada lagi orang yang masih makan nasi dengan garam, kesempitan hidup ini masih berlaku di bandar dan kampung tetapi di mana keikhlasan menerima keadaan itu.

“Setiap orang itu mempunyai tahap ketahanan yang tersendiri dan dibantu kepercayaan kepada ALLAH,” ujarnya.

Dalam program yang berlangsung kira-kira 46 minit itu, Shamrahayu turut menyampaikan tiga pesanan berhubung kempen ‘Mak Kata Jangan’ yang diinisiatif oleh #RASUAHBUSTERS.

Tiga pesanan itu ialah jangan lupa ALLAH, jangan lupa solat dan berbuat baik walaupun berhadapan individu yang melakukan keburukan.

“Sekali mereka melakukan keburukan, kita lakukan 10 kebaikan kepada mereka,” katanya ketika memberi pesanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here