Home Rasuah Busters KASA lancar pelan antirasuah, garis 34 pelan tindakan

KASA lancar pelan antirasuah, garis 34 pelan tindakan

0
KASA lancar pelan antirasuah, garis 34 pelan tindakan

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 hari ini yang menggariskan 34 pelan tindakan yang melibatkan antaranya pengurusan kewangan, tadbir urus dan pengurusan alam sekitar.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, inisiatif dalam pelan lima tahun itu turut merangkumi aspek pengurusan alam sekitar dan air, menepati misi utama kementerian iaitu ‘Memastikan Pelestarian Alam Sekitar Yang Mampan’.

“Pelan ini merupakan satu living document yang akan melalui fasa penambahbaikan pada penghujung tahun kelima agar terus relevan dengan situasi semasa,” katanya pada majlis pelancaran OACP KASA secara maya pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Tuan Ibrahim menyeru warga KASA memberikan sepenuh komitmen dengan memastikan pelaksanaan setiap inisiatif OACP itu dibuat secara berterusan di setiap peringkat dalam usaha membentuk nilai etika murni dan jati diri yang kukuh.

Naskah OACP KASA setebal 82 muka surat itu boleh didapati di https://online.flippingbook.com/view/72550875/81/.

Sementara itu, Azam berkata, SPRM terlibat dalam bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) ketika dalam peringkat pembangunan OACP KASA, yang mana melalui CRM, segala risiko dan masalah dalam organisasi akan dapat dikenal pasti.

“Jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik oleh pegawainya (KASA), maka ia akan membawa kepada pelbagai masalah. Perbuatan yang tidak berintergriti dalam tugasan memulihara alam sekitar akan menjejaskan kelangsungan hidup manusia yang bergantung pada alam sekitar dan air,” kata Azam. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here