Home Rasuah Busters 'Jika ada calon sogok, jangan undi dia'

'Jika ada calon sogok, jangan undi dia'

0
'Jika ada calon sogok, jangan undi dia'

SHAH ALAM – Pengundi perlu memainkan peranan penting bagi memastikan calon yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah seorang yang berintegriti dan tidak mengamalkan rasuah.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, pengundi tidak seharusnya berkompromi dengan calon yang telah menunjukkan tanda awal tidak berintegriti terutama dengan memberikan sogokan.

“Jika ada calon sogok anda dan nak beli undi anda, jangan undi dia. Tolak calon ini kerana kalau dia sudah buat begitu sebelum menang, maka dia berkemungkinan besar mengamalkan rasuah selepas menang nanti.

“Calon seperti ini tidak menghormati perundangan sedia ada dan tidak layak untuk menjadi wakil rakyat serta memerintah negeri atau negara,” katanya dalam Program Kompas Rasuah Busters bertajuk Bangsa Johor, Pilihlah Calon Berintegriti yang disiarkan di semua platform media sosial Sinar Harian, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan satu sistem perundangan dapat diwujudkan segera dalam usaha memastikan isu seperti lompat parti dan pendanaan politik dapat diatasi.

Menurutnya, setiap parti dan calon yang bertanding dalam PRN Johor perlu berjanji untuk membuat perubahan dalam sistem politik dan mewujudkan undang-undang untuk menghalang salah guna kuasa berlaku.

“Undang-undang lompat parti dan pendanaan politik ini perlu dimuktamadkan segera supaya isu ini tidak berulang pada masa akan datang.

“Undang-undang adalah satu landasan untuk memastikan seseorang yang bersalah dihukum sekali gus akan memastikan soal integriti dapat diperkukuh dan rasuah tidak berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here