Home Rasuah Busters Jenayah 'scammer' ada enam kategori

Jenayah 'scammer' ada enam kategori

0
Jenayah 'scammer' ada enam kategori
Kamal Affandi
Kamal Affandi (tengah) ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Taktik Tipu Daya Scammer’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM – Jenayah melibatkan kegiatan ‘scammer’ yang berlaku di negara ini terbahagi kepada enam jenis kategori atau dikenali sebagai 6P.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, antaranya adalah percintaan (love scam), penipuan produk, penipuan pangkat palsu, perkhidmatan, pekerjaan dan pelaburan.

Menurutnya, penipuan perkhidmatan antara teknik ‘scammer’ yang berlaku baru-baru ini di mana jenayah itu berlaku apabila mangsa melanggan sesuatu perkhidmatan secara dalam talian dengan cara menekan pautan (link) yang diberikan.

Katanya, apabila mangsa menekan pautan tersebut, ia membolehkan ‘scammer’ mendapat segala maklumat berkaitan mangsa termasuk mendengar perbualan dalam telefon berkenaan.

“Bila mangsa ini pindahkan duit, membuat pembayaran dan sebagainya, benda tidak dapat. Perkhidmatan yang diiklankan itu tidak wujud.

“Jadi ini yang sedang berlaku sekarang, apa-apa ‘link’ yang ada di luar sana, tolong jangan klik.

**media[1934647]**

“Kalau dikatakan pautan itu adalah laman web yang sah, pergi buat carian sendiri gunakan komputer yang lain untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Taktik Tipu Daya Scammer’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panel, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, manakala Anim Ezati Rizki bertindak sebagai moderator.

Kamal Affandi berkata, penipuan pekerjaan juga merupakan salah satu jenayah scam yang menjadi trend pada masa kini.

Menurutnya, perlu ada sebuah mekanisme untuk memeriksa sesuatu tawaran kerja sama ada ia benar-benar wujud atau tidak.

“Jadi di mana saya nak periksa kesahihan? Rangkaian itu (negara) kita tidak ada.

“Ini barangkali perlu disarankan menerusi perubahan polisi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here