Home Rasuah Busters Jenayah scam: Tambah baik undang-undang, penguatkuasaan

Jenayah scam: Tambah baik undang-undang, penguatkuasaan

0
Jenayah scam: Tambah baik undang-undang, penguatkuasaan
Fahmi ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Taktik Tipu Daya Scammer’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM – Penambahbaikan undang-undang dan penguatkuasaan dari segi siasatan perlu dilaksanakan bagi memastikan mangsa ‘scammer’ mendapat keadilan yang sewajarnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan data yang diberikan oleh menteri-menteri dalam Parlimen, angka berkaitan jumlah mangsa melibatkan jenayah tersebut adalah sangat besar sehingga mencecah purata 15,000 hingga 20,000 orang setiap tahun.

Menurutnya, angka melibatkan jumlah purata mangsa tersebut diambil kira daripada tahun 2017 hingga sekarang.

“Baru-baru ini, kita dengar Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan ada lima langkah yang dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian scam termasuk scam yang menggunakan kata laluan sekali sahaja (OTP) dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Lima langkah itu adalah langkah yang baik sebagai permulaan tetapi saya lihat masih ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

“Jadi saya lihat banyak perkara yang perlu dipinda contohnya Akta Pelindungan Peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Taktik Tipu Daya Scammer’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panel, penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, manakala Anim Ezati Rizki bertindak sebagai moderator.

Fahmi berkata, usaha mewajibkan pendidikan sivik atau pengetahuan asas melibatkan jenayah scam perlu dipertimbangkan bagi meningkatkan kesedaran ramai.

Tambahnya, sebuah ‘one stop centre’ juga perlu diwujudkan melibatkan semua agensi yang berpangkalan di Bank Negara Malaysia (BNM).

“Tetapi itu tidak mencukupi, di dalam negara kita boleh uruskan, tapi kalau di rentas sempadan sekurang-kurangnya dalam rangka ASEAN, kita mesti ada beberapa protokol.

“Semua protokol dari segi keselamatan siber itu dinaikkan taraf,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here