Home Rasuah Busters Jati diri benteng paling kuat tolak rasuah

Jati diri benteng paling kuat tolak rasuah

0
Jati diri benteng paling kuat tolak rasuah
Hussamuddin (kiri) bersama Lian Ker (tengah) pada Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah yang diadakan di Putrajaya pada Selasa.
Hussamuddin menyampaikan ceramah berkaitan antirasuah.

PUTRAJAYA – Memutuskan rantaian rasuah bermula daripada diri sendiri kerana benteng jati diri yang kuat bakal menangkis segala godaan melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, jati diri kukuh dan tidak mudah dibeli merupakan kuasa pemutus yang paling besar serta ampuh untuk menamatkan budaya rasuah.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, setiap individu perlu mempunyai kekuatan dalaman yang sangat kuat supaya berupaya menolak godaan untuk terjebak dengan amalan rasuah atau salah guna kuasa.

“Apabila mempunyai jati diri yang kuat, kita akan berupaya menjalankan tugas dengan amanah kerana kita takut dengan Tuhan.

“Hati juga kena kuat untuk menyatakan keengganan menerima atau memberi rasuah. Ini kerana semua hasil yang diperoleh menerusi jalan yang salah akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

**media[1908620]**

“Bagi umat Islam, Al-Quran perlu dijadikan sebagai sistem operasi diri. Faham apa yang terkandung di dalamnya seterusnya dijadikan panduan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Unit Integriti KBS.

Seminar tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Kamel Mohamad; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi serta Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr Vellapandian Ponnusamy.

Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, setiap individu perlu menetapkan standard dalam diri atau membina ‘red line’ yang berupaya membataskan mereka melakukan perkara mungkar.

Kata beliau, mempraktikkan ajaran agama sepenuhnya pastinya mampu mendidik diri dan hati daripada melakukan kezaliman termasuk mengambil hak orang lain.

Jelas beliau, seseorang yang berkhidmat dengan jujur dan amanah pastinya tidak mahu menerima rezeki haram bagi diberikan kepada ahli keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here