Home Rasuah Busters Jabatan Penjara tingkat integriti elak berlaku penyelewengan

Jabatan Penjara tingkat integriti elak berlaku penyelewengan

0
Jabatan Penjara tingkat integriti elak berlaku penyelewengan

SHAH ALAM – Jabatan Penjara Malaysia akan berusaha menjaga integriti pegawai dan anggotanya bagi mengelakkan rasuah dalam jabatan berkenaan.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abd Razak bersyukur apabila wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor memaklumkan rasuah dalam kalangan kakitangannya berada pada tahap rendah.

Bagaimanapun katanya, jabatan itu akan meneruskan usaha menutup ruang dan peluang agar tahap integriti sentiasa dijaga.

“Perkhidmatan awam sentiasa berdepan dengan realiti semasa iaitu jangkaan rakyat yang tinggi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Integriti dalam perkhidmatan awam bukan sahaja fokus dalam isu rasuah, pematuhan sistem dan tatacara kerja tetapi meliputi aspek budaya kerja seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta menjalinkan hubungan baik khususnya dengan rakan sekerja,” katanya ketika merasmikan forum anjuran Persatuan Bekas Pegawai SPRM dan Jabatan Penjara Malaysia bertajuk ‘Berilmu tanpa berintegriti, ke manakah kita?’ pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, aspek integriti tadbir urus terbaik merupakan elemen penting yang dinilai oleh rakyat kerana perkhidmatan awam mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

Jelasnya, penjawat awam berdepan pelbagai cabaran kesan daripada perubahan suasana kerja yang semakin kompleks khususnya dalam konteks pegawai penjara.

“Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kerap dipandang negatif dan menimbulkan pelbagai persoalan daripada masyarakat kerana mereka menganggap kelemahan ini disebabkan penjawat awam itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, penting untuk semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia bertindak secara amanah kepada kuasa dan tugas yang diberikan.

Menurut Abdul Aziz, usaha Jabatan Penjara Malaysia meningkatkan kefahaman, penghayatan dan integriti serta galakan pembudayaan integriti sebagai satu amalan dalam jabatan berkenaan.

“Integriti dalam perkhidmatan awam bukan sahaja fokus dalam isu rasuah, pematuhan sistem dan tatacara kerja tetapi meliputi segala aspek budaya kerja seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta menjalinkan hubungan baik khususnya dengan rakan sekerja.

“Adalah amat penting untuk semua kakitangan penjara Malaysia bertindak secara amanah kepada kuasa dan tugas yang diberikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here