Home Rasuah Busters 'Ini masa depan anda, saya, anak, cucu cicit kita'

'Ini masa depan anda, saya, anak, cucu cicit kita'

0
'Ini masa depan anda, saya, anak, cucu cicit kita'

SHAH ALAM – Perjuangan Undi 18 bukan isu kepartian yang sempit tetapi hak anak muda dalam demokrasi negara merangkumi jenayah rasuah, salah guna kuasa dan politik wang.

Pengarah advokasi dan Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, perjuangan tersebut bukan membabitkan isu remeh-temeh tetapi demi masa depan nusa dan bangsa.

Tambahnya, rakyat terutama anak muda perlu memahami tuntutan itu secara menyeluruh kerana rasuah adalah jenayah yang besar.

“Ia bukanlah perkara berskala kecil, hanya sekadar duit kopi untuk lepas dari saman tetapi melibatkan golongan berpendidikan, berpengaruh, berkuasa, dan mereka yang diamanahkan bekerja untuk rakyat.

“Berbilion duit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan, membasmi kemiskinan, bayar gaji doktor-doktor, penjawat awam telah lenyap dirompak.

“Kita bukan negara miskin tetapi kita telah dimiskinkan. Ini masa depan anda, saya, demi anak isteri, cucu cicit kita. Ayuh kita berjuang bersama,” katanya dalam program pelancaran Politik #Malaysia Tanpa Rasuah di Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tharma berkata, perjuangan tersebut menjadi satu realiti apabila pindaan tersebut diluluskan dengan bersejarah dengan 100 peratus undi di Dewan rakyat dan Dewan Negara.

Namun, perjuangan itu belum selesai disebabkan tidak bersedia dan memerlukan masa untuk pindaan seterusnya.

“Kerajaan telah mengatakan bahawa sehingga september 2022 untuk melaksanakan pindaan Perlembagaan walaupun telah dijanjikan untuk dilaksanakan pada Julai tahun ini.

“Maka kita bawa kerajaan ke mahkamah dan kita menang di sana juga, Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa hujah yang dibawa oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak masuk akal.

“Maka kerajaan diarahkan untuk melaksanakan undi 18 paling lambat pada hujung tahun ini, pada 31 Disember dansebab itu kita harus menekan sampai kita menang,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here