Home Rasuah Busters Gabungan #RasuahBusters akan bergerak lebih agresif

Gabungan #RasuahBusters akan bergerak lebih agresif

Gabungan #RasuahBusters akan bergerak lebih agresif

SHAH ALAM – Gabungan #RasuahBusters akan bergerak dengan lebih agresif bagi membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pasukan tersebut yang kini bersama dengan lebih 200 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat akan menjadi satu suara yang berat dalam membanteras amalan rasuah.

“Jika kita lihat sebelum ini banyak NGO yang ditubuhkan bagi membanteras masalah rasuah, namun tidak memberi kesan kerana dibuat secara terpisah.

“Masing-masing dengan kelompok mereka. Jadi Rasuah Busters ini kita gabung semua gerak seiring bagi membanteras amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi bersama ahli gabungan pasukan #RasuahBusters yang dilakukan secara dalam talian pada Sabtu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf berkata, kini merupakan masa yang terbaik selepas terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 bagi membina semula negara dengan menghapuskan amalan rasuah.

Ujarnya, ia memandangkan amalan rasuah punca kepada segala masalah yang berlaku ketika ini.

“Selagi kita tidak hapuskan rasuah, selagi itu susah untuk kita buat agenda-agenda yang lain.

“Jadi saya yakin dengan kepakaran yang dimiliki ahli gabungan, saya harap dapat digunakan bagi membanteras amalan ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here