Home Rasuah Busters Exco Kedah sambut baik usaha Rasuah Busters

Exco Kedah sambut baik usaha Rasuah Busters

Exco Kedah sambut baik usaha Rasuah Busters

ALOR SETAR – Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah,, Datuk Suraya Yaacob menyambut baik usaha yang digerakkan oleh pasukan Rasuah Busters untuk mendidik masyarakat agar menjauhi rasuah.

Menurutnya, aspirasi yang dibawa tersebut pastinya akan mengambil masa untuk dilaksanakan namun kesan positif untuk negara akan mampu dilihat untuk jangka masa panjang.

Beliau secara peribadi mengakui teruja dengan perkongsian pada kunjungan mesra Rasuah Busters yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin.

“Saya rasa sungguh teruja dengan aspirasi Rasuah Busters untuk membina negara yang bebas rasuah dan ia satu kerja murni yang pastinya memakan masa.

“Tetapi pasti memberikan satu nikmat luar biasa kerana kita dapat membina generasi baharu yang memahami rasuah dan akan meninggalkan rasuah itu dengan sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang berkata, Kerajaan Negeri Kedah bersedia bersama Rasuah Busters untuk menjayakan kempen-kempen antirasuah di negeri ini.

Jelas Suraya, kerjasama juga boleh digerakkan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berada di bawahnya agar intipati kempen dapat disebarkan secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri akan berusaha untuk bekerjasama dengan Rasuah Busters dan berharap kita akan dapat menjalinkan kerjasama yang kukuh.

“Kerjasama ini bertujuan memberikan pemahaman kepada negeri dan rakyat Kedah mengenai Rasuah Busters dan usaha untuk membina negeri yang lebih baik,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here