Home Rasuah Busters Edmund terkejut Azam pertikai CPI

Edmund terkejut Azam pertikai CPI

0
Edmund terkejut Azam pertikai CPI
Gambar dari kiri: Edmund, Azam

SHAH ALAM – Bekas ahli panel perundingan (SPRM), Profesor Dr Edmund Terence Gomez terkejut apabila beberapa pihak termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mempertikaikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Tegas pakar ekonomi itu, rakyat Malaysia perlu ambil berat dan iktibar apa yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) dalam kajian serta kaji selidik CPI tersebut kerana ia metodologi yang baik.

Menurutnya, menjadi satu situasi yang agak menghairankan apabila Azam menyatakan CPI sebagai sebuah persepsi, sedangkan kriteria dan kaedah indeks itu dilaksanakan melibatkan perkara penting tentang rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negara ini.

“Seharusnya SPRM menghormati indeks ini (CPI) kerana ia melaporkan maklumat mendalam terhadap apa yang berlaku di sesebuah negara termasuk Malaysia.

“Kajian CPI yang dilaksanakan oleh TI-M membabitkan kriteria dan metodologi penting termasuk penyalahgunaan dana awam, pegawai yang menggunakan jawatan awam mereka untuk kepentingan peribadi tanpa menghadapi akibat serta keupayaan kerajaan menghentikan atau mengurangkan dan membendung rasuah dalam sektor awam.

“Malah kriteria kajian CPI melibatkan isu rasuah, akses kepada maklumat mengenai hal ehwal awam atau aktiviti kerajaan dan pelindungan undang-undang untuk orang yang melaporkan kes rasuah.

“Adakah kerana SPRM sudah mengkaji bahawa kedudukan CPI negara akan terus jatuh lagi apabila diumumkan oleh TI-M pada tahun depan, maka Azam terpaksa menyatakan CPI sekadar satu persepsi dan bukan menggambarkan situasi sebenar yang berlaku?” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Ahad.

Azam dalam satu ucapan semasa program Sembang Eksekutif Media Elektronik dan Portal Bersama SPRM di Putrajaya pada Khamis lalu, menyifatkan CPI yang dijadikan sebagai kayu pengukur rasuah di negara ini adalah satu persepsi serta tinjauan oleh beberapa organisasi sahaja.

Tambah Azam, meskipun bukan pengukur sebenar, namun CPI tidak boleh ditolak sepenuhnya dalam usaha kerajaan memerangi rasuah di negara ini.

CPI diramal jatuh lagi

Edmund yang meletakkan jawatan sebagai ahli panel perunding SPRM pada Disember lalu berkata, pelbagai kes rasuah dan isu panas melibatkan penyalahgunaan kuasa penjawat awam berlaku di negara ini termasuk isu Azam sendiri bakal menyaksikan CPI negara terus merosot.

Tegasnya lagi, kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kes Pandora Papers pada tahun ini juga akan menyebabkan keputusan CPI negara menjunam, setelah dua tahun berturut-turut mencatat kejatuhan lima anak tangga.

Menurutnya, laporan CPI yang berkait rapat berlakunya kes pegawai awam yang perlu didedahkan dan pelbagai isu lain termasuk pengubahan wang haram, penipuan cukai serta aliran kewangan haram bakal menyebabkan indeks negara akan terus jatuh.

Sehubungan itu, Edmund berkata, adakah kerana negara bakal berhadapan situasi getir tersebut, Azam terpaksa alih perhatian masyarakat dengan menyatakan CPI sekadar satu persepsi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here