Home Rasuah Busters Cenderung pilih ‘jalan pintas’ punca ramai terlibat rasuah

Cenderung pilih ‘jalan pintas’ punca ramai terlibat rasuah

0
Cenderung pilih ‘jalan pintas’ punca ramai terlibat rasuah

SHAH ALAM – Cenderung memilih pendekatan ‘shortcut’ (jalan pintas) atau jalan mudah berjaya tanpa usaha menyebabkan ramai yang terlibat dengan kegiatan rasuah di negara ini.

Pengarah Urusan Arena Vision Management, Pawan Ishak berkata, masyarakat negara ini lebih menitikberatkan keputusan berbanding dengan usaha individu tersebut.

Ujar Pawan, hasilnya masyarakat tidak ingin bersaing dengan adil dalam kerjaya mereka dan mudah terjerumus dalam budaya rasuah.

“Sekiranya budaya rasuah ini semakin berleluasa, negara ini akan menjadi semakin susah untuk bersaing dengan negara-negara lain yang ‘efficient’ (sistematik) dan bersih dari rasuah.

“Selain itu, pihak-pihak lain juga akan berasa tidak yakin dan sukar untuk melabur dalam negara kita ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Pawan berkata, masyarakat digalakkan supaya kembali kepada budaya dan ajaran agama Islam yang menekankan amalan bekerja dengan niat ikhlas serta amanah.

Tambahnya, sikap ambil mudah dan memilih jalan yang tidak lurus tidak akan memberi manfaat sebaliknya akan memberi kesan buruk kepada individu tersebut.

Jelasnya, kejayaan yang dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh lebih bermakna berbanding menggunakan jalan mudah iaitu rasuah.

“Saya harap orang lain faham tentang perkara ini sebab kalau kita menang dan berjaya tanpa betul-betul usaha dengan adil, ia kurang bermakna.

“Kalau kita dapat sampaikan mesej ini kepada orang ramai, saya fikir budaya rasuah ini dapat dibendung dengan lebih baik.

“Contohnya kalau kita mendapat kemenangan lumayan contohnya RM1 juta, ia tidak sama maknanya bila kita menang dengan cara berjudi atau dengan cara usaha,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here