Home Rasuah Busters 'Budaya tolak rasuah bukan bermusim'

'Budaya tolak rasuah bukan bermusim'

0
'Budaya tolak rasuah bukan bermusim'
Kempen dan ceramah Budaya Menolak Rasuah di Kolej Islam Antarabangsa Gombak disertai kira-kira 80 peserta.
Hamdan (dua dari kiri) bersama ‘orang kuat’ Kolej Islam Antarabangsa Gombak yang terlibat dalam penganjuran program.

KUALA LUMPUR – Kempen Budaya Menolak Rasuah bukan bermusim tetapi akan diteruskan menerusi pelbagai pendekatan termasuk pendidikan sehingga Malaysia bebas daripada gejala rasuah.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel sempena ceramah Budaya Menolak Rasuah di Kolej Islam Antarabangsa Gombak di sini.

“Peserta juga didedahkan dengan Kempen Mak Kata Jangan yang menjadi sumber rujukan untuk memudahkan peserta memahami lebih mendalam berkaitan perjuangan Rasuah Buster dalam mendidik masyarakat menolak rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kempen dan ceramah Budaya Menolak Rasuah di pusat pengajian tinggi itu disertai 80 peserta dan dirasmikan Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa Gombak, Arlina Rohaizey Muhamad Amdan.

Hadir sama, Pegawai Penilai Diploma Kemahiran Malaysia (ECCE), Muhammad Nur Umar Abu Hassan dan Pegawai Penilai Diploma Kemahiran Malaysia (ECCE), Nik Sabariah Nik Abdullah.

**media[2024222]**

Sementara itu, rata-rata peserta yang ditemui memberi reaksi positif kerana kerajaan mahu pun masyarakat perlu berganding bahu dalam membanteras gejala rasuah agar imej negara sentiasa bersih.

Peserta, Muhammad Muazzam Mazlan berkata, aspek penguatkuasaan undang-undang, pendedahan awal mengenai kesalahan serta kesan negatif rasuah perlu disemai dalam kalangan pelajar sejak awal.

“Generasi muda yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah ketika menjalankan tugas apabila dewasa kelak,” kata pelajar Diploma Pra-Sekolah Kemahiran Malaysia ini.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Ayuni Maisara Kutip pula berkata, negara akan bertambah maju tanpa rasuah dan melahirkan sebuah masyarakat hidup aman sejahtera untuk pendidikan di masa depan.

“Dalam masa sama, psikologi ini juga meningkatkan pembelajaran kami tentang bagaimana untuk menilai tingkah laku manusia selain memahami pelbagai maksud perkataan dalam psikologi itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here