Home Rasuah Busters Bebaskan SPRM, Jabatan Peguam Negara

Bebaskan SPRM, Jabatan Peguam Negara

0
Bebaskan SPRM, Jabatan Peguam Negara

SHAH ALAM – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu segera dibebaskan dari terikat dengan mana-mana pihak.

Pengerusinya, Datuk Halim Ishak menegaskan, SPRM adalah satu-satunya badan pencegahan yang sinonim dengan perjuangan membanteras rasuah.

“SPRM perlu bebas begitu juga dengan perundangan. Sebelum ini saya ada mengeluarkan kenyataan iaitu Jabatan Peguam Negara perlu dipisahkan dari punca kuasa kerana dari sudut penguatkuasaan sama ada SPRM atau PDRM mereka hanya membuat siasatan dan mengumpul bukti, tetapi bagaimana dengan pendakwaan?

“Itu yang banyak menjadi isu hari ini sehinggakan mereka yang berprofil tinggi boleh bebas. Pendakwaan terpilih ini yang kita tidak mahu dan hal ini yang buat rakyat rasa tidak puas hati,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Rabu.

Menurut Halim, SPRM juga perlu berbalik kepada matlamat asal penubuhannya yang bermula dengan nama Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kemudian Biro Siasatan Negara (BSN).

Menurut beliau, usaha-usaha pencegahan boleh diusahakan bermula dengan agensi-agensi dan penjawat awam khususnya melibatkan kementerian berkaitan gaji dan aset negara.

“Di situ pencegahan boleh dibuat. Contohnya, seseorang itu baru bertugas dua hingga tiga tahun tapi sudah mampu memiliki kereta mewah. Di sini pencegahan boleh dibuat, usah biarkan.

“Perkara ini banyak berlaku dan masyarakat juga mesti bertanggungjawab untuk tidak terlibat dan tidak menghalalkan cara bagi mencapai matlamat,” tegas beliau.

Pada 11 September lalu, Rasuah Busters melancarkan Gerakan Politik #Malaysia TanpaRasuah secara besar-besaran yang berjaya mencetuskan satu gelombang baharu dalam kalangan rakyat Malaysia dalam memerangi gejala rasuah.

Tujuh panel pelbagai latar belakang membentangkan enam tuntutan utama yang perlu dilaksanakan kerajaan dan pemimpin politik bagi memerangi korupsi serta penyelewengan.

Mengulas mengenai kempen itu, Halim berkata, beliau menyokong penuh enam tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah.

Beliau turut menyeru semua ahli politik untuk bersama-sama Rasuah Busters menjalani ujian tahap integriti.

“Kita akan menyokong semua pemimpin yang melepasi ujian ini. Kita mahu kriteria pemimpin masa depan yang bersih daripada rasuah.

“Sudah tentu kalau orang politik bersih dari gejala rasuah, orang di bawah mereka juga akan bersih,” tegas beliau.

SPRM juga perlu berbalik kepada matlamat asal penubuhan yang bermula dengan nama Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kemudian Biro Siasatan Negara (BSN).”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here