Home Rasuah Busters Banteras rasuah tanggungjawab bersama bukan individu

Banteras rasuah tanggungjawab bersama bukan individu

0
Banteras rasuah tanggungjawab bersama bukan individu
Rasuah mencemarkan nilai kemanusiaan dan maruah negara. Gambar kecil: Nurhayati

KULAI – Usaha membanteras rasuah bukanlah tanggungjawab yang boleh dipikul secara bersendirian, sebaliknya ia memerlukan penglibatan daripada semua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin menegaskan bahawa perjuangan melawan rasuah merupakan satu tanggungjawab kolektif yang harus dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Kita perlu peka dengan tanda-tanda awal yang boleh menjurus kepada rasuah. Jangan sudah terlambat baru nak bertindak.”

“Kegagalan kita untuk kesan tanda-tanda ini dalam komuniti akan menyebabkan rasuah terus berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Antirasuah di Senai pada Selasa.

Program berkenaan diadakan di dua lokasi melibatkan Syarikat Century Bond Berhad (CBB) Kulai dan SMK Bandar Putera 2, Senai.

Nurhayati berkata, setiap lapisan masyarakat diharap dapat membina kesedaran bersama dan tidak mengambil ringan amalan yang boleh membuka ruang kepada rasuah.

Ini kerana katanya perbuatan merasuah bukan sekadar kesalahan undang-undang malah ia turut mencemarkan nilai kemanusiaan dan maruah negara.

“Peranan institusi keluarga merupakan faktor utama bagi mencegah gejala rasuah melalui peringkat akar umbi.

“Usaha tersebut dilihat penting bagi memastikan gejala rasuah tidak menjadi wabak yang sukar dibendung,” tambahnya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here