Home Rasuah Busters Bank Islam lancar pelan antirasuah

Bank Islam lancar pelan antirasuah

0
Bank Islam lancar pelan antirasuah
Ismail (dua dari kanan) menyerahkan Buku OACP 2022-2025 Bank Islam kepada Izani pada majlis yang berlangsung di Hotel EQ Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2022-2025 sulungnya bagi mencerminkan komitmen berterusan memastikan kelakuan, tadbir urus dan nilai integriti yang tinggi dalam segenap perniagaannya.

Pengerusi Bank Islam, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, OACP Bank Islam adalah strategi tiga tahun untuk mengukuhkan aspek tadbir urus, integriti dan kawalan antirasuahnya dengan pendekatan ‘toleransi sifar’ terhadap sebarang bentuk rasuah.

“Sebagai organisasi yang secara langsung menguruskan amanah pelanggan, Bank Islam peka bahawa kredibilitinya bergantung pada ketelusan, kecekapan dan etika perniagaan.

“Bank Islam akan sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan risiko integriti dan mengambil langkah untuk mencegah sebarang tingkah laku tidak beretika, terutamanya rasuah,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pelancaran pelan tersebut disempurnakan oleh Ismail dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Izani Wan Ishak pada majlis yang berlangsung di Hotel EQ Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed.

Kata Ismail, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus, di bawah Bahagian Pematuhan Kumpulan Bank Islam akan menyelia aspek pemantauan dan penilaian inisiatif dan pelan tindakan OACP untuk memastikan kejayaannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here