Home Rasuah Busters Banjir beri peluang untuk refleks, muhasabah diri

Banjir beri peluang untuk refleks, muhasabah diri

0
Banjir beri peluang untuk refleks, muhasabah diri

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu menjadikan situasi banjir buruk yang melanda beberapa negeri di seluruh Malaysia sebagai ruang dan peluang untuk melakukan refleksi dan muhasabah diri.

Ketua Sekretariat #Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, kejadian tersebut sepatutnya menjadi pengajaran kepada setiap individu bahawa banjir yang selama ini berlaku di Pantai Timur tidak semestinya tidak akan berlaku di kawasan lain.

“Bahkan situasi mereka di sana lebih bersedia tetapi kita dari sudut kepadatan penduduk tidak bersedia sama ada dari segi fizikal, mental dan rohani.

“Bagaimanapun, situasi ini memberi peluang kepada kita untuk memberi refleksi dan muhasabah diri kerana hujan atas perintah daripada Tuhan untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan memberi haiwan makan serta ia turut memberi manfaat kepada manusia,” katanya dalam segmen Khas Banjir bertajuk Saat Alam Berbicara di Facebook MyFriend.FM, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, banjir di Selangor telah memberikan satu hentaman luar biasa yang bukan hanya mengakibatkan kemusnahan harta benda bahkan meragut banyak nyawa secara tiba-tiba.

Ujarnya, masyarakat Malaysia seharusnya menilai semula adakah bencana alam yang menimpa negara baru-baru ini turut berlaku akibat sifat dan tindakan manusia yang mementingkan diri sendiri.

“Fikir semula, di mana salah kita? Apakah kita sebenarnya telah mengurangkan risiko yang sepatutnya boleh mengelakkan tragedi tersebut.

“Bukan nak tuding jari kepada sesiapa, tetapi kita perlu mencari solusi kepada kejadian ini dan rangka strategi untuk mengelakkan berlakunya pengulangan tragedi,” katanya.

Tambah beliau, situasi yang berlaku juga perlu diambil sebagai peluang atau hikmah untuk membuka ruang pendidikan supaya ditingkatkan ke satu tahap yang lebih ke hadapan.

Menurutnya, ramai yang bersedia dari sudut menyimpan wang, tetapi anak-anak tidak diketengahkan mengenai bagaimana menghadapi bencana.

“Di sekolah tidak diajar sebab kita agak selesa dengan situasi sekarang. Tidak perlu sampai dimasukkan ke peringkat silibus, tetapi sekurang-kurangnya mereka diberi pendidikan dan skil untuk menangani situasi. Bayangkan ketika bencana, ada bapa yang lumpuh, anak panik dan ibu bapa terkejar ke sana sini.

“Kalau sebelum ini kita tengok pramugari sahajalah yang boleh uruskan situasi panik, sedangkan kita semua perlu ada walau sedikit skil untuk tahu apa yang perlu dibuat, paling tidak bertenang dalam keadaan tersebut.

“Pendidikan itu perlu berkembang dari sudut lain, kita diberi hikmah kejadian untuk bersedia dan tidak perlu menunggu tragedi untuk berubah kerana banjir kali ini banyak mendidik,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here