SHAH ALAM – Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) menegaskan amalan rasuah di tidak baik bagi masyarakat dan perniagaan.
Presidennya, Haridas S Krishnan Nair berkata, BEIM sentiasa berusaha membanteras kegiatan korupsi seperti rasuah, pemerasan, kronisme, perlindungan, pengaruh orang dalam, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
“Kami berusaha mewujudkan Malaysia sebagai negara perdagangan beretika sejak 1997 dan dipacu oleh komitmen teras negara dalam mempromosikan etika melalui pendidikan, penerapan serta memupuk nilai-nilai seperti kejujuran, keadilan, integriti dan peraturan diri dalam perniagaan di Malaysia.
“Sesuai dengan tradisi kami untuk bekerjasama dengan organisasi dan memerangi sebarang bentuk rasuah yang membahayakan etika perniagaan, BEIM ingin menyatakan sokongan terhadap kempen #RasuahBusters yang dilancarkan Sinar Harian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.