Home Rasuah Busters ADUN Hulu Kelang berkerusi roda jalani ujian RBTag

ADUN Hulu Kelang berkerusi roda jalani ujian RBTag

0
ADUN Hulu Kelang berkerusi roda jalani ujian RBTag

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib sanggup hadir berkerusi roda menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) yang diadakan di Kompleks Karangkraf, di sini pada Khamis.

Ditemani isteri tercinta, Aliza Jaafar dan seorang menantu, Saari tiba sekitar jam 2 petang setelah selesai menunaikan tugas sebagai ‘wakil rakyat’ di kawasannya.

Saari yang menghidap penyakit Parkinson di kaki kiri berkata, beliau bersemangat untuk menjayakan segala usaha dilakukan oleh Rasuah Busters demi memerangi budaya rasuah yang telah membarah di negara ini.

Katanya, meskipun terpaksa berkerusi roda dan memerlukan bantuan sokongan daripada isteri dan menantu untuk hadir, namun semua itu sanggup diharungi demi menyatakan sokongan penuh kepada usaha-usaha menentang rasuah.

“Usaha yang dilakukan oleh pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan menentang budaya rasuah adalah satu inisiatif yang sangat baik dan terpuji.

“Gerakan seumpama ini seharusnya disokong penuh oleh semua pihak bagi membebaskan negara daripada budaya jijik rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Maka atas sebab itu, saya hadir untuk menjalani ujian RBTag biarpun terpaksa berkerusi roda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi ujian RBTag melibatkan petugas media dan beberapa ADUN yang menyatakan persetujuan awal melakukan ujian tersebut di Kompleks Karangkraf.

Selain Saari, ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha yang juga Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia turut melakukan ujian RBTag.

Hadir sama pada sesi ujian bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang itu ialah Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak dan Felo Penasihat Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Rosmadi Ghazali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here