Home Rasuah Busters 80 pemimpin NGO sokong Rasuah Busters

80 pemimpin NGO sokong Rasuah Busters

0
80 pemimpin NGO sokong Rasuah Busters
Antara pemimpin NGO yang hadir menyatakan sokongan kepada kempen Rasuah Busters ketika Seminar Kepimpinan Malaysia di Johor Bahru.

SHAH ALAM – Kira-kira 80 pemimpin daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil menyuarakan sokongan terhadap kempen Rasuah Busters dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia bebas rasuah.

Pendirian itu dinyatakan ketika Seminar Kepimpinan Malaysia anjuran bersama Persekutuan Keamanan Sejagat (UPF), Johor Consumer Welfare Association (JCWA), Women’s Federation for World Peace (WFWP) Malaysia and the Lions Club of Skudai di Johor Bahru baru-baru ini.

Presiden UPF Malaysia, Profesor Sudesh G Balasubramaniam berkata, sebagai sebahagian daripada rakan gabungan Rasuah Busters, pihaknya menyokong penuh usaha mempromosikan tadbir urus yang baik di dalam negara.

“Ia termasuk langkah untuk mewujudkan kepimpinan berakhlak mulia untuk Malaysia yang lebih bersih dan bebas rasuah,” katanya ketika berucap pada seminar itu.

Hadir sama, Pengerusi Rasuah Busters Johor, Azmi C Mohd dan Pengerusi Rasuah Busters daerah Johor Bahru, Zaidi Mustapha.

Dalam acara tersebut, Azmi menyampaikan mesej yang kuat dan jelas kepada penonton mengenai kepentingan menolak semua jenis rasuah.

“Perbezaan latar belakang budaya bukan penghalang untuk kita membina negara yang bebas rasuah. Kita satu keluarga, kita semua rakyat Malaysia.

“Marilah kita semua melakukan bahagian kita untuk memerangi rasuah demi Malaysia yang lebih bersih dan lebih baik,” jelas Azmi.

Seminar bertemakan ‘Memberi Visi dan Kepimpinan untuk Pembinaan Negara dan Keamanan Lestari’ turut memberikan penghargaan terhadap tiga individu yang memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat.

Individu terbabit juga dilantik sebagai duta untuk keamanan dan menerima anugerah antarabangsa sebagai pemimpin menyumbang kepada keamanan dan keharmonian.

Pada masa sama, seminar itu turut menyaksikan empat pelajar kolej daripada keluarga B40 menerima komputer riba diperbaharui untuk digunakan semasa sebagai pelajar di institut pengajian tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here