Home Koronavirus WHO saran guna pakai langkah sama bendung varian Omicron

WHO saran guna pakai langkah sama bendung varian Omicron

0
WHO saran guna pakai langkah sama bendung varian Omicron

MANILA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan negara antarabangsa mengguna pakai langkah yang dilaksanakan ketika memerangi Delta sebelum ini untuk membendung varian Omicron.

“Sekatan ketat di sempadan mungkin boleh melambatkan penularan Omicron. Kita sepatutnya menggunakan pengalaman menangani Delta sebagai asas untuk mengekang virus bermutasi itu,” kata Pengarah Serantau WHO untuk Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai pada Jumaat.

Menurutnya lagi, setiap negara dan komuniti antarabangsa perlu bersiap sedia menghadapi lonjakan kes baharu dengan cara lebih mampan.

Di peringkat global, kes telah meningkat untuk tempoh tujuh minggu berturut-turut selain jumlah kematian mula melonjak semula yang sebahagian besarnya disebabkan oleh varian Delta.

“Kita tidak perlu tekejut jika melihat lonjakan semula kes pada masa depan.

“Selagi penyebaran wabak itu berlaku, virus akan terus bermutasi seperti kemunculan Omicron yang mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada,” ujarnya sambil menambah peningkatan kes mungkin disebabkan lebih banyak pertemuan sosial dan pergerakan bebas orang ramai ketika musim perayaan.

Sementara itu, agensi kesihatan awal Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis memberi amaran varian Omicron bakal menyumbang kepada lebih separuh kes jangkitan Covid-19 di blok berkenaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ramalan itu dibuat berdasarkan permodelan matematik dilakukan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) selepas rantau ini menyaksikan peningkatan kes luar biasa,” kata agensi kesihatan tersebut.

Menurutnya, rantau Eropah telah merekodkan 79 kes varian Omicron sejak ia pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada akhir bulan lalu dan dipercayai telah menular di blok tersebut lebih awal.

Sementara itu, Penasihat Saintifik Kanan di Perancis, Jean-Francois Delfraissy berkata, Omicron dijangka menggantikan Delta sebagai varian dominan pada akhir Januari depan.

Pada Rabu, Ketua Pandemik Covid-19 di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria van Kerkhove berkata, tiada bukti konklusif tentang kebolehjangkitan Omicron dan data tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa hari lagi.

Difahamkan, sebahagian kes tersebut adalah asimptomatik dan hanya menunjukkan gejala ringan selain majoriti daripada individi didiagnos adalah berusia masih muda serta sudah menerima dos lengkap. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here