Home Koronavirus WHO harap pandemik Covid-19 berakhir pada 2022

WHO harap pandemik Covid-19 berakhir pada 2022

0
WHO harap pandemik Covid-19 berakhir pada 2022

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap tahun 2022 adalah tahun dunia menamatkan pandemik Covid-19.

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove berkata, dunia kini mempunyai peralatan untuk menghentikan virus tersebut daripada terus mengganas.

“Kita boleh mengurangkan morbiditi, kemasukan ke hospital, gejala teruk, mereka yang memerlukan ICU, mereka yang sedang nazak.

“Kita boleh menamatkan kematian akibat Covid-19 dan kita juga boleh mengurangkan penyebaran.

“Maksud saya, kemunculan varian yang membimbangkan ini, Omicron – Omicron adalah yang terbaru, akan ada lebih banyak jika virus ini terus beredar dan kita mempunyai alat yang betul sekarang. Saya sangat berharap untuk 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan orang awam bersama Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, pada Rabu.

Mengenai varian Omicron, Kerkhove berkata ia merebak dengan pantas dan mempunyai kelebihan pertumbuhan berbanding Delta di sesetengah negara.

Bagaimanapun, beliau menambah kajian mengenai varian Omicron “masih dalam peringkat awal”.

WHO berkata 77 negara telah melaporkan kes Omicron dan varian itu mungkin di kebanyakan negara sekarang cuma ia masih belum dikesan.

Selain itu, masih banyak data yang tidak diketahui mengenai varian baharu itu.

Menurut analisis pada Selasa, data dari Afrika Selatan, di mana Omicron memacu lonjakan jangkitan, varian itu lebih mudah merebak dan dapat mengelak vaksin, bagaimanapun, setakat ini, gejalanya lebih ringan.- Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here