PUTRAJAYA – Warga emas yang belum mendapat tarikh janji temu untuk vaksinasi boleh mengunjungi pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara secara terus atau ‘walk in’ mulai minggu hadapan.
Ia selepas Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan untuk memperluaskan pelaksanaan kaedah ‘walk-in’ bagi warga emas yang dilaksanakan di Lembah Klang ke semua negeri.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, CITF negeri akan membuat pengumuman lanjut mengenai hal tersebut.
“Secara dasarnya, CITF Persekutuan telah memutuskan untuk memperluaskan kaedah ini ke seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK pada Isnin.
AKAN MENYUSUL