Home Koronavirus Vietnam lancar kempen vaksinasi Covid-19 seluruh negara

Vietnam lancar kempen vaksinasi Covid-19 seluruh negara

0
Vietnam lancar kempen vaksinasi Covid-19 seluruh negara

HANOI – Vietnam telah melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran pada 10 Julai lalu dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir 2021 atau awal 2022, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Menteri Kesihatan, Nguyen Thanh Long berkata, kempen itu bermula Julai 2021 hingga April 2022, menyasarkan penduduk berusia 18 tahun ke atas.

Kementerian Kesihatan bersama kementerian serta sektor lain yang berkaitan bertungkus lumus mendapatkan vaksin Covid-19 ketika dunia menyaksikan kekurangan bekalan.

Setakat ini, Vietnam telah memperoleh 105 juta dos vaksin bagi tahun ini dan berusaha mendapatkan 150 juta dos lagi.

Julai lalu, lebih lapan juta dos dijadual dihantar ke Vietnam ketika negara mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi terutamanya di Bandar Ho Chi Minh dan beberapa kawasan di selatan, ujar Long.

Vietnam mendapat sokongan dana yang besar dari dalam dan luar negara serta syarikat-syarikat. Setakat ini negara itu telah menerima sumbangan bernilai lebih 8 trilion VND (AS$348 juta), yang dibelanjakan membeli vaksin untuk rakyat, katanya.

Menurutnya, dos pertama yang tiba di Vietnam dikhaskan kepada pasukan barisan hadapan.

Kumpulan vaksin yang seterusnya pula disediakan untuk pekerja dan penduduk di Bac Ninh dan Bac Giang, yang teruk dilanda Covid-19 sejak beberapa bulan ini.

Pemberian vaksin kini diutamakan untuk kota raya HCM dan wilayah berdekatan yang mengalami peningkatan kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here