Home Koronavirus Varian Omicron: Peraturan keluar masuk Malaysia perlu jelas

Varian Omicron: Peraturan keluar masuk Malaysia perlu jelas

0
Varian Omicron: Peraturan keluar masuk Malaysia perlu jelas

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mengeluarkan peraturan yang jelas mengenai pergerakan keluar masuk rakyat dan warga asing walaupun gelombang penularan varian Omicron masih terkawal.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang mencadangkan perkara itu berkata, antara yang perlu diberi perhatian ialah pematuhan kuarantin, pemeriksaan pengesahan virus Covid-19 dan mengamalkan kawalan kendiri secara berterusan.

“Perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh jika jangkitan berleluasa semula,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi rakyat yang mempunyai premorbid atau berpenyakit perlu mengambil dos penggalak sebagai usaha menjaga kesihatan diri.

Menurutnya, di Malaysia sebanyak 80 peratus golongan dewasa telah lengkap vaksinasi dan sebanyak 48 peratus sudah menerimat dos penggalak.

“Vaksinasi antara usaha yang perlu terus ditekankan bagi mengelakkan kesan jangkitan yang memudaratkan sehingga mengakibatkan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesa semua pihak merujuk maklumat sahih yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan daripada media sosial yang tidak diketahui sumbernya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here