LONDON – Dos penggalak akan terus memberi perlindungan tinggi kepada pesakit Covid-19 varian Omicron daripada mendapat komplikasi teruk terutama bagi golongan dewasa dan warga emas.
Menurut Pengerusi Program Imunisasi Covid-19 United Kingdom, Wei Shen Limm, buat masa ini belum ada keperluan untuk mendapatkan suntikan keempat.
Kira-kira tiga bulan lalu selepas dos penggalak mula diberikan, perlindungan vaksin terhadap warga emas 65 tahun ke atas adalah setinggi 90 peratus.
Data itu katanya sekaligus menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan dos ketiga itu.
Namun perlindungan terhadap simptom ringan sekiranya dijangkiti sedikit rendah berbanding simptom teruk dengan penurunan 30 peratus selepas tiga bulan. – Awani