Home Koronavirus Varian Mu kini dikesan di Korea Selatan

Varian Mu kini dikesan di Korea Selatan

0
Varian Mu kini dikesan di Korea Selatan

SEOUL – Korea Selatan catat kes pertama melibatkan varian ‘Mu’ dalam tiga sampel pesakitnya, lapor agensi berita Yonhap.

Varian ‘Mu’ yang dikenal pasti berasal dari Colombia disahkan dijumpai dalam tiga sampel kes import termasuk dari Mexico, Amerika Syarikat dan Colombia, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Jumaat, tanpa memberi maklumat lanjut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mendedahkan varian Mu telah dikesan di 39 buah negara setakat ini dan dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan sama seperti varian Alpha, Beta, Gamma dan Delta.

KDCA memaklumkan pihaknya akan terus memantau varian itu.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here