Home Koronavirus Vaksinasi ‘walk-in’: Orang ramai disaran guna pengangkutan awam

Vaksinasi ‘walk-in’: Orang ramai disaran guna pengangkutan awam

0
Vaksinasi ‘walk-in’: Orang ramai disaran guna pengangkutan awam

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menyarankan supaya orang ramai menggunakan pengangkutan awam atau ‘drop off’ di lokasi pemberian vaskin (PPV) bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, ini susulan banyak kenderaan dilihat berada di kawasan PPV sehingga menimbulkan kesesakan serta kesukaran kepada orang ramai terumata penerima vaksin.

“Bermula hari ini operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), jadi penugasan anggota di kawasan tersebut akan ditingkatkan.

“Kita nasihatkan orang ramai menggunakan kenderaan awam atau `drop off’ untuk mendapatkan vaksin secara jumpa terus ini,’’ katanya kepada Bernama di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini pada Isnin.

Menurutnya, sehingga kini tiada masalah besar mengenai kesesakan trafik di kawasan PPV namun tindakan awal perlu diambil bagi mengelakkan isu kesesakan timbul.

Sarifudin berkata, saranan tersebut juga diberikan kepada penerima vaksin di PPV lain sekitar ibu negara iaitu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Axiata Arena Bukit Jalil.

Pada 31 Julai lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) bermula 2 Ogos di sembilan PPV di Lembah Klang mengikut kategori. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here